Saturday, August 24, 2013

si peminta sedekah kecil

Pada waktu ini, aku dan keluarga sedang asyik membeli belah di dalam sebuah kedai kek iaitu Kartika Sari, di kota Bandung. Aku melihat lambaian adik kecil ini yang mahukan sedikit wang atau apa-apa sahaja makanan. Adik ini tidak dibenarkan memasuki kedai tersebut ekoran keadaannya. YA Allah, malu pada diri sendiri, aku yang sebegini hidupnya masih dengan kumat kamit mulut kerana tidak puas hati. Bagaimana pula dengan adik kecil ini? Aku sedekahkan sedikit makanan dan sedikit wang rupiah, yang aku kira kalau di Malaysia cukup untuk membeli sedikit gula-gula. Cukup yang aku mampu pada waktu itu. Aku doakan semoga adik ini mempunyai kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.


No comments: