About me

Adam Abu Bakar menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Ijazah Sarjana Muda (kepujian) kewartawanan pada 2013 sewaktu usianya menginjak 23 tahun.

Adam pada awalnya menjadikan bidang fotografi sebagai hobi dan kamera DSLR pertamanya adalah Canon 1000D beserta lensa 18-55mm. Tetapi kini, beliau lebih selesa menggunakan Canon 5D klasik.

Kini, Adam merupakan seorang wartawan di salah satu portal berita terkemuka di Malaysia iaitu Free Malaysia Today (FMT).

Bagi Adam sesebuah karya dan hasil tulisannya tidak lengkap sekiranya tiada gambar yang disertakan. Baginya, gambar dan penulisan haruslah selari kerana tanpanya ibarat lagu tanpa irama.

Selain berita-berita politik, Adam turut gemar menjadikan kisah kehidupan masyarakat sebagai subjek berita dan gambar kerana baginya hidup sebenar bukan di atas tetapi hidup sebenar adalah apabila kita melihat di bawah.

Hubungi: +0195088169
Email: adam@freemalaysiatoday.com